Stupid Dum Dum

Tuesday, June 30, 2009
"Hello, can i speak to Julia please" aku..
"Sowie there no Julia here" dier..
"Opss..sowie maybe i dial da wrong number" aku..
"Carefull stupid" dier..

Tutttttttttttttttttttttttttt....
Vavi mamat nie..nanti nko..

"Helo.. Wei bongok.. U boleh cakap elok-elok tak..? Damm stupid" aku..
"U aper pasal..?" dier..
"Jangan panggil owang bodoh la BODOH" aku..
"So u nak aper" dier..
"Nothing just wana say if i stupid, u r Stupid Dum Dum.." aku..
"!@#$%^&*()" aku sambung..
tut tut tut tut

Tau takut.. bodoh punye owang.. spoil mood aku nak makan laksa..

Ubat Demam

Friday, June 26, 2009
Semalam aku menggunakan cara ubatan yang lebih radikal dari biasa untuk mengubati demam aku.. aku tak jumpa doktor..aku tak gunakan sains manusia..aku tak pegi jumpa bomoh.. aku tak gunakan kaedah mistik.. aku tak gunakan jampi serapah atau bacaan isim-isim..

kaedah nie aku temui setelah aku berbicara dengan kawan-kawan aku.. kowang mesti cuba dan aku rekemenkan kaedah nie.. korang tengok lah gambar nie.. mesti korang setuju punyer..


Virus Duniawi

Wednesday, June 24, 2009
Aku Demam.. huh macam tak cayer jer.. sedangkan aku telah mengamalkan gaya hidup yang sihat.. bersukan beriadah smoking.. ok per.. tapi diri ku tetap dihinggapi virus demam yang pada aku tidak lah bahaya.. tetapi aku tetap nak pegi klinik.. takut beb.. mana tau kene Selsema Babi.. penat dek non nak samak..

dah dah aku dah pening.. doakan aku sihat beb.. walaupun ader yang dengki aku.. hahaha..

Mamak Oh Mamak

Tuesday, June 23, 2009
Berkenaan tajuk.. korang pun selalu lepak kat mamakkan.. 24 jam bro.. dah macam seben eleben dah.. pelbagai juadah makanan yang disediakan.. tidak luper rokok.. namun ader beberaper situasi yang aku nak kongsi ngan korang.. yer korang.. pembaca-pembaca blog..

Situasi Satu

" Mamak oder.. Roti telor 1.. Koyak-koyak ek " Wanduong mengoder..
" Minum macha " sampuk itu mamak..
" Teh tarik " sambung Wandoung..
Begitula antara ayat-ayat normal ketika pulang dari merempit.. aku pun oder la nasi lemak telor nangis sambal asing dengan teh tarik 2 kaki.. hahah.. aderla lebih kurang 15 owang kengkawan aku yang baru selesai memuaskan nafsu menunggang.. motosikal ok.. tak sampai setanak nasi maka oderan kami pun sampai.. namun oderan Wandoung agak lambat.. kesabaran telah hampir ker klimaks.. sepusingan jarum saat sampailah oderan Wandoung.. Roti Telor.. mantap.. berasap.. berminyak.. tapi tak koyak.. tak besh..
" Mamak angkat ini roti kasi koyak" Wandoung dengan sucinya meminta perlaksanaan dilakukan..
" Koyak ka.. boleh.." jawab mamak itu.. ok aku nak korang bayangkan ek.. sepinggan roti telor kat depan korang.. dengan rasa lapar.. korang tau aper mamak tu buat.
" Kasi koyak bukan susah macha.. ini macam saja " mamak tu angkat itu roti pegang dengan tangan.. trus die koyakkan roti tu macam koyak kertas.. depan kitorang.. kat meje tu jugak.. korang raser aper jadi..? malam tu kitowang makan dan minum free.. Wanduong siap tapau lagi.. mamak tu..? terbaring kene penampar dengan Wandoung.. muka merah.. pipi ader roti telor.. dan berkari.. bongok giler..

p/s = kisah 2 besok aku post

WAFFLE DAY at Alam Anda

Monday, June 22, 2009
Korang tengok gambar nie.. sedapkan.. terliurkan.. mengghairahkan kan.. memberahikan kan.. so aku nak mencadangkan kita pegi melepakkan diri kita sesambil mengunyah dan menikmati juadah nie.. maklumat tentang mende alah nie seperti berikut :

Lokasi = Alam anda (Alamanda putrajaya)

Tarikh = 12 hb Rejab 1430 (pepandaila korang carik)

masa jam 1400.. boleh tengok wayang main boling dan tangkap gambar.. main game pun ader.. karaoke pun ader jugak..

Pst Pst = shoping adalah dilarang.. saper shoping aku tampar..

sesaper yang berminat sila komen yang membina.. komen cam haram akan menyebabkan anda di SANTET.. aku serius ok..

update
serius punyer cite...ader yang nak follow tak..
lagi satu bayaran tong-tong ok..
(aku bukan tokey balak atau bapak ayam)

Aku dan Hijau

Friday, June 19, 2009
Nie aku masa kerja kat Bayan Lepas, Penang.. kene keje malam.. jadi lepas keje aku siap aku merayau la dalam airport tu mencari sesuatu yang besh.. hasilnya..

aku tak pasti kenapa kene ader lorong hijau.. tak der kaler lain ker.. ker khas untuk hijaukolic.. macam aku..

mak ai besarnyer tapak kasut.. saiz per nie.. untuk rekod kasut aku saiz 8 UK

nie kasut aku.. converse putih susu ngan hijau.. lawa giler.. aku sambar kat Piramid masa ngular hari tu..

Spritzer pun guna kaler ijau..

Balik tu dalam kul 6 pagi aku pekena ayaq Green Apple Kasturi.. masam da tapi besh.. hahaha.. pun kaler ijau..

memang aku nie giler ngan kaler ijau la..

p/s = korang pasan tak cap aku pun kaler ijau ok..

Untuk Yanie Putrajaya

Thursday, June 18, 2009
AKu baru jer balik dari penang.. Keje kat Bayan Lepas Airport.. Ternampak la plak iklan nie.. Trus aku ingat kat yanie putrajaya.. soalan aku biler lagi jom la kita pegi makan WAFFEL Eskrim..??

Ader saper-saper nak ikut..? jom aku payung..

UMNO..KEADILAN..PAS

Tuesday, June 16, 2009
Mana satu yang korang raser korang nak sokong..
Yang mana satu korang raser sesuai dengan jiwa korang..
Atau korang rase korang mlas nak ambik tau pasal politik negara..

korang dah pegi daftar mengundi.. sudah.. jadi boleh la mengundi.. sudah.. aper yang korang raser..?
korang dah pegi daftar mengundi.. belum.. jadi kenapa tak daftar..
aku dah daftar.. dah mengundi.. tapi aku rase macam tak besh jer.. kenaper ek..?

Malas nak campur

Monday, June 15, 2009
"Awak sayang saya tak.."awek member aku tanyer kat kawan aku yang merangkap BF dier.. Ape punyer soalan dah.. bongok jer bunyiknyer..
"Kalau tak cayang dah tentu kat sebelah saya nie bukan awak..mungkin fasha sanda kot " member aku membalas dengan riak muka yang sungguh sempoi.. tiada kata dari awek itu hanya ku lihat die berlalu pergi diikuti dengan kawan aku.. Majuk dah.. lantak korang la.. baik aku sambung mancing..

Paling/Sewel : Fasha Sanda..? cantik ker..?

Macho

Friday, June 12, 2009
Semalam aku lepak padang bola.. melihat kelibat-kelibat rakan seangkatan aku berlagak gaya seperti kaka, messi, eto dan pelbagai gaya dan lagak bicara tubuh badan.. melemparkan sejumlah air keringat untuk sesuatu kepuasan..tetiba..
"asan rokok sebatang" suara Amek Dono menyinggah gegendang aku..
"nah.." aku menghulur..
"nko biler nak berenti isap rokok" sambung ku lagi..
'aku bukan tak nak berenti.. lepas sekolah lagi aku nak berenti..' terhenti seketika menikmati aliran punca cancer peparu..
"aku nak berenti.. tapi bini aku kata, biler aku isap rokok aku nampak macho.." sambungnyer dengan muka serius ibarat selaku Ketua Pemuda UMNO..
"Bongok" tu jer yang aku mampu luahkan..sesambil aku join dier isap rokok..

pada gadis-gadis.. susah oo nak berenti isap rokok..ingat senang ker.. jadi kalau Bf, X-Bf, laki, Hubby atau bekas janda korang isap rokok....

REDHO jerla...


sekadar gambar hiasan

Meh Gelak

Thursday, June 11, 2009
Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga. Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenaraipendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Diakhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur. Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu. Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar.

Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak. Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.
"Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi. Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata,
" Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana". Huargh!Huargh! Huargh! Huargh!"

Bebudak Part 3

Wednesday, June 10, 2009
Masa kecik-kecik, masa cuti sekolah ape yang kowang buat..ha nie aku nak sembang sket..
aku duduk kampung dulu so aktibiti aku banyak yang kearah kekampungan la..antaranya..

Menggagau.
masa time panas jer boleh buat mende tak paedah nie..time ujan air tinggi..caranye kene timba lopak, parit @ kolam sampai kering..pas tu tangkap la ikan.alatannye boleh guna aper saja..saring sayur mak korang ker..langsir jarang2 ker.. kelambu ker.. free style guna tangan.. mesti berlumpur beb.. biler naik badan jadi putih.. biler balik kompom kene ligan ngan mak aku..kompom kene libas punyerla..

Main Masak-Masak
Besanyer gadis la yang men mende nie..menu pucuk2, ubi bakar tak pun kentang yang korang rembat kat dapur.. tah aper-aper tah.. baek main perang-perang.. puas dapat sakit pun dapat.. tak paham aku.. nanti aku tanya owang putrajaya k..

Mancing
yes.. dulu aku punyer peberet..mancing..input cacing output ikan puyu, talapia ngan lampam.. kengkadang dapatla keli ngan aruan.. pakai batang pokok teberau, tali tangsi ngan mata kail.. seharian mancing pun tak kesah sedare..berbekalkan buah jambu ngan tebu.. awek lalu pun tak nampak.. ok tipu la tu..

Lampu Gaslin
rumah aku tak de elektrik..so inila sumber pencahayaan aku.. pas tu guna bateri dah maju sket guna generator pasar malam.. dapatla tengok tv.. tengok McGyver.. kalau tak tengok la wayang pacak seminggu sekali.. tu pun kalau ader la.. gile sedih aku..

Angpau
yang nie kita boleh mintak biler kita tak akil baligh jer..skung nie dah kene bagi plak.. tak bagi komplen.. huh.. dulu paling banyak pun dalam 50 sen jer.. dapat seringgit memang bonus la.. mahu pegi 5 hari berturut.. siap tukar baton..

Budak Sekarang
  1. PS 3
  2. X-Box
  3. Internet
  4. X-Tream Game
  5. Rempit/Samseng Jalanan (aku pun pernah)
  6. dan lelain huh tak terikut aku..
kowang njoy reading k..

Bebudak Part 2

Kenangan yg mengusik jiwakan..kalaulah ada DORAEMON rasanya nak jer aku balik masa zaman dolu2 ni nak tengok Gelagat aku camna masa kat sekolah…aku mesti gelak punyer... Kita MESTI tengok cerita nie.

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Sil
ver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs, Kickers dan Voltron. lg satu Gaban. Aku suka Mcgyver ngan Airwolf.




Kita mesti kene ader bende nie

Basikal Chopper, Pemadam, Pencil box laci-laci, jam Boy London



Dekat Sekolah :

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?…hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan . mencangkung kat tepi longkang dgn classmates semua kat seblah…bederet jer..misi plak pegang gigi palsu yang besar.. ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal. memang takut tu..memang ngilu ni sure korang igt…

Program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb…tak pun lori Vitagen datang..pakat beli tak pun curi..hehehe...


Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.
Pukul tapak tangan…tak pun katok jari..

Lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan.Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.. aku time rehat makan kuih bom cecah sambal..jimat sket bleh main tikam masa balik.. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal. Kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die! yang nie sampai skung aku makan lagi..

Time skolah aku suar pendek, malu oo..kasut skolah Bata BM Turbo yang suka kasut high-cut yang buatan china tu(kasut panda kot)…ada yang suka stoking tebal laaa…
darjah 6 takut sebab kene suntik BCG..Goyang beb..

Nasi Kandar Line Clear

Tuesday, June 9, 2009
Khamis dan Jumaat lepas aku pegi Penang..kerja. pas tu aku ronda-rondala kat town dier..cari nasi kandar.cari punyer cari jumpala Nasi Kandar Line Clear..popular giler tempat nie..Sedap..? tah besa ja.. bagi aku nasi kandar semua sama jer.. telo ikan kompom ader.. nasi banyak.. kari pekat melekat.. kuah banjir.. lepas makan kompom ngantuk..

Mengapakah Dikau..

anak kawan baik aku.. comelkan..

Bebudak Episod 1

Wednesday, June 3, 2009
ok aku nak bawak korang merentasi ruang masa yang mana pada aku sangat indah untuk dikenang.. zaman kekanak.. zaman sekolah rendah.. zaman yang tak der aper-aper.. tapi pada zaman aku la.. aku lahir tahun 81.. so sesiapa yang lahir dalam tahun-tahun tu sesangatla tau..

Ingat kita suka makan bende nie..





kita selalu main menatang nie..



Banyak lagi game yang kita main.. kebanyakannya mainan tradisional..antaranya..
  1. Galah Panjang / Gasing
  2. Konda-Kondi / Congkak / Batu Seremban
  3. Polis Entri
  4. Bola Cop (guna bola tenis)
  5. Laga Semut..
ader jugak yang berunsurkan judi.. Main Ting-Tong.. wei main tikam wei.. saper tak pernah main memang rugi.. menang dapat adiah..

ha ader lagi.. tapi besok plak..
aku nak kene kemas barang pegi penang ngan perlis..
pekena laksa ngan nasi kandaq..