Speed Trap.. Patut Ker..

Monday, February 22, 2010
"Abg Dol.. Teh-O suam satu.. gelas kecik.." aku..

"ABC Special satu.. kacang lebih.. hati panas ni.." Bang Ke menyampuk dari belakang..

"Aik bang.. ketat jer muka.." aku menyambung..

"Nie la.. aku kene speed trap.. mangkuk ayun betul.." Bang Ke menerangkan..

"Aik setahu aku nko mana ader kete.." aku membuat persoalan..

"Abis nko kene speed trap kete mana nie.." aku mendesak..

"Kete mana plak.. aku punya kala jengking la.." Bang Ke menjawab..

"Kala jengking..?" aku terdetik..

"Nko biar betul Bang Ke.." aku protes..

"La tak cayer.. nah nko tengok la sendiri.." Bang Ke menyerahkan surat saman..

"Betulla.. Boleh bawak laju ker menatang nie.." aku terpesona..


korang nak tau kala jengking yang dimaksudkan..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Menatang nie la yang kene speed trap.. laju mamat nie bawak.. ader turbo ke..
Serius aku respek ngan mamat nie..

UPDATE
Kalau ikut sejarah.. mamat nie pakar dalam hal hal laju nie.. dan aku terima kenyataan beliau.. cuma aku tak tau la macam ner muka polis yang saman dier tu..

Sebab Musabab II

Saturday, February 20, 2010
Ok sambungan...

Persoalan sekarang kalau kita mencintai seseowang kerana matanya.. mulutnya atau fizikalnya..
jika fizikal itu berubah maka kita tak suka dier la..?

Kalau kita suka kerana kelembutan.. sifat caring dier.. apabila kita bersama atau berkahwin dan sifat itu menunjukkan yang sebaliknya adakah kita dah tak nak sayang dier..?

Sebab tu aku kata tak der sebab.. yang aku tau aku sayang dier.. tu jer..

hehehhee.. Selamat Bercuti..

Sebab Musabab

Friday, February 19, 2010
" Apa sebab nko suka minah tu..?" John menanya aku dikala aku ngan dier sedang asik melayan citer Detectif Conan..

"Ek.. tah la.. aku cuma suka.. Perlu sebab ker..?" aku menjawab..

John diam membisu..

Perlukah ader sebab untuk mencintai seseowang..?

Korang tolong jawabkan ek.. tak pun kowang mintak la pendapat sesaper.. pas tu bagi tau aku ek..

Ubi

Thursday, February 18, 2010

Cuti hari tu aku balik umah.. lepak-lepak layan orkid ngan mak aku.. pas tu bapak aku panggil. tolong dier cabut ubi.. biler plak bapak aku tanam ubi.. cabut la dua rumpun.. hasilnya..



banyak siut.. pas tu mak aku rebus.. layan ngan ikan masin goreng..

tetiba bapak aku bawak lesung batu.. dier letak garam ngan cili padi.. pas tu tumbuk separa lumat.. pas tu makan la ubi rebus tu cecah menatang tu..

TERBAIK WOK..

Kesan sampingan mlam tu kitowang perang kentut.. damm..

Eer korang pernah makan ubi tumbuk tak.. ubi rebus yang di tumbuk lumat.. makan dengan kelapa parut tak pun cecah gula.. kompom sedap..


10/10/10

Friday, February 5, 2010

Aku terpandang 1 tarikh..

10/10/10

Hui nie besh nie..

Ramai yang kawen nie..

Ngam2 plak sebulan selepas raya..

Ari ahad plak tu..

Hem cari calon la..

Sempat lagi nei..

Call mak aku la..

Mintak dier rekemenkan..


1st Time.. Last Time

Wednesday, February 3, 2010

Pernah sekali aku makan kat hotel sebelah Hard Rock KL.. tu pun ader la owang belanja.. nak harap aku bayar kirim salam la.. dah owang payung aku makan jer la.. aper ader hal.. makan punyer makan sekali perut buat hal.. biasa makan style kampung.. ari nie terkejut dengan kedatangan makan asing.. mau tak merajuk..

so ke rest room la aku.. tak mo citer banyak.. aku pun melepaskan hajat aku.. sekali...


"Eh tadi nampak macam ader kepala paip.." hati aku berkata..
"Mana ilangnya.." aku kaget..

Habis semua tempat aku cari dalam tandas tu.. kot-kot yang kuar air kat belakang ker.. bawah ker.. tapi malangnya tak der.. yang ader cuma tisu tandas..

"Cilakak.."

Terpaksa jugak la aku beristinjak menggunakan tisu tu.. jijik siut.. keluar tandas jalan jadi kengkang.. balik trus pegi cari Stesen minyak.. basuh balik.. seharian tak lalu makan.. hotel jer besau.. pili air pun ak der.. lahanat..


Boy Kg. Tengah

Tuesday, February 2, 2010
Masa : Semalam petang
Lokasi : Wak Lan Coner

"Pok aku nak beli barang pancingla... kat mana ek.." aku bertanya..

"Nko cari kat area kepong.. tak pun klang.. sana banyak pilihan sket.." Paan mencelah..

"Tapi tengok jugak nko nak mancing aper.. laut dalam ker.. muara ker.. setakat Kolam Kambing yang murah pun ok.." Tompok berhujah selaras dengan jawatan Ketua Pemua UMNO Cawangan..

"Assalamualaikum.. wei malam kang aku nak pegi kedai pancing nie.. sapa nak ikut..?" pelawa Jali..

Aku pandang Tompok.. Tompok pandang aku..

"I follow" Serentak dari kami..

"Ok Wak Lan jam 8.30.. ok aku grak.. nak jumpa Ustaz jap.." Jali selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Cawangan pergi mencurah bakti..

Persembangan di sambung dengan rancaknya.. tiba-tiba datang la sorang mamat nie.. Boy Kg Tengah.. lama kitowang tak jumpa dier nie.. lepas kantoi pasal dadah 2 tahun lepas trus ilang.. setelah bersalaman.. sembang di sambung semula.. kali nie topik mancing laut dalam..

"Sejak peristiwa hari tu aku dah berenti pancing laut dah.." Boy mencelah membuatkan kitowang menumpukan perhatian sejenak..

"Pasal per plak.." Tompok tak puas hati..

"Masa tu kat Perak.. aku baling batu ladung tu aku raser kene sesuatu la.." Boy menjelaskan..

"Suspen nie.." Paan..

"Aku punyer batu ladung kene Kapal Selam beb.. Kene cermin dier.. Retak oo.. pas tukan kapal tu kan naik jumpa aku.. dier bukak pintu kapal selam tu.. dier marah kat aku.. dier suruh aku ganti.. mana aku ader duit.." Boy dengan semangatnya..

"Ek.. batu ladung nko kene kapal selam..?" ulang Tompok..

"Yerla.. takkan kapal terbang kot.." Boy mengkompomkan..

Keadaan sunyi sekitika.. mata saling berpandangan.. renungan disambut dengan gelak yang pecah perut.. tersembur-sembur air teh o aku.. kecian mamat nie.. tu la ambik sangat dadah tu banyak sangat.. kan dah mereng kepala..

Dari jauh kedengaran suara Jali berkumandang menandakan masuknya waktu magrib.. kitowang pun chow la.. balik sembahyang lagi baik dari kene tipu ngan Boy Kg Tengah..



Rokok & Songkok

Monday, February 1, 2010
"Ok malam nie kita on k.." Aman Ribut membentangkan usul..

Dan selaju itu juga ia di sambut dengan angukan kami.. maka timbullah rangcangan berani mati malam itu.. dengan Port Sawit menjadi saksi.. kami tekad untuk berjuang..

MISI

Meminjam rokok dari owang-owang tua yang kyusuk bersembahyang Isyak di surau..

Maklumlah time pose macam nie ramai owang kat surau.. jadi kami mengambil kesempatan ini untuk menangguk di air yang keruh.. setelah tugas dan peranan diberi.. kami bersedia menuju ke lokasi kejadian..

"Masuk jer rakaat kedua aku on ok.." Pesan Aman Ribut..

Maklumlah anak Ketua Kampung.. perangai pun macam ketua-ketua la.. kami sekadar mengikut.. tak ikut kira rugi la.. bapak dier ader kedai runcit..

"Allahuakbar.." sedap jer suara Pak Abbas selaku imam yang bertugas menandakan masukknya rakaat kedua..

Tiba-tiba suasana menjadi gelap.. sepi.. hanya kedengaran suara kumat-kumit bacaan ayat-ayat suci al-quran.. mana taknya Panjang selaku insan yang paling tinggi antara kami telah mematikan suiz utama surau.. Sepantas itu jugak kami memasuki surau dan menuju ker tinggap di mana kebiasaannya rokok-rokok itu disimpan.. setelah itu kami balik menuju ke Port Sawit kami untuk membentangkan barang rampasan kami..

"Meh semua aku nak kira.. wah banyak nie.. lumayan.." ujar Wan Nandong selaku Juru Audit bertauliah.. Sorang-sorang menyerahkan hasil yang diperolehi..

HASIL

Surya 16 - 10 batang..

Surya 2 Pintu - 16 batang..

Dunhill - 23 batang..

Marboro - 8 batang nie kompom Jai punya nie..

Rokok Daun Mail Senget pun ader jugak..


"Eh mana Pendek Si Antu Gigi.. Kantoi ker balik umah.." tanya Robot menimbulkan syak..

"Cilaka punya Antu Gigi.. " Aman Ribut tidak berpuas hati..

" Jaga nko besok.." ujar Aman lagi sambil menumbuk tanah menunjukkan kekuatanya..

"Rilek la geng..' Pendek Antu gigi menyapa setelah meloloskan diri di sebalik semak..

"Kitowang ingat nko dah kantoi dah.." serentak dari kami..

"Mana boleh kantoi.. nah hasil.." sambil mencampakkan sekotak Camel pada Wan Nandong..

"Wah ni Wak Siron punyer nie.." Wan Nandong membelek..

"Anak dier lawa beb.." Aku mencelah..

"Aku ader bubur Jagung geng.. Baru besh isap rokok lepas makan.." Pendek Antu Gigi mengofer..

"Mana.." laju jer Aman Ribut..

Maklumlah peberet dier tu.. dengan perlahan Pendek membuka songkoknya.. nah baik punya landing setapuware bubur di sebalik songkoknya.. Kami tergamam kehairanan.. macam ner plak mamat nie boleh balancing tapuware supaya tak jatuh.. kagum giler..

"Wah hebat nko Pendek.. Nko memang Champion la.." Wan Nandong menghulur tangan..

"Pasal tu lambat wei.." Pendek Antu Gigi menyambung.. bangga..

Bertemankan bubur jagung.. malam tu memasing berpuas hati dengan hasil rampasan.. tapi hanya setahun sekali.. sebab kalau buat selalu alamat kitowang akan beraya di hospital..


p/s : Malam esok kitowang dengar Wak Siron mengamuk pasai rokok dier dah ilang.. hahaha...