Din Sayong dan Lelaki Itu

Tuesday, September 29, 2009
"Din tolong din.." seorang lelaki meminta tolong pada sahabatnya..

"Apahal nie..?" Din Sayong menanya kembali..

"Isteri haku nak bersalin.. tolong Din" lelaki itu bersuara kembali..

"Aku bukan Tok Kadi.. mana bleh kawenkan owang.." Din Sayong bersuara lagi..

"Saper yang nak kawen..?" tanya Din Sayong lagi..

"Aper pulak kawen.. bini haku nak bersalin la.." lelaki itu bersuara kuat..

"OOO..Saper..?" Din Sayong meminta kepastian..

"Bini haku la ngok.. berapa punya pekak da.." Lelaki itu separa menjerit..

"Abis aper boleh haku buat..? haku bukan bidan..?" Din Sayong meneruskan keperibadiannya yang ngok itu..

"Tolong hantar bini haku ker hospital.. tolong Din..? Rayu lelaki itu..

Maklumlah Din Sayong adalah satu-satunya insan dalam Kampung Sayong Bengkak yang mempunya kereta.. itu pun Datsun Tonggek yang dibeli secara sambung bayar daripada Ah Sang tokey kedai runcit di pekan.. maka sepantas kilat Din Sayong membawa lelaki itu dan isterinya ke hospital..

Setelah memerah keringat dan menggunakan segala petua dan pemuda yang dipelajarinya.. maka isteri kepada lelaki tadi selamat melahirkan seorang puteri..

"Terima kasih Din.. Nanti masa meting haku akan sokong nko jadi ketua kampung yer Din.. ?" ujar lelaki itu beserta mata yang bersinar keriangan..

"Alhamdulillah.. eh nko nak taruk nama aper budak nie..?" tanya Din Sayong..

"Entahla.. tapi mak dier suka dengan nama Hanie.. hem aku panggil Hanie jer la.." lelaki itu menjawab..

"Nama penuh..?" Din Sayong meminta kepastian..

"Nantila haku tanya mak dier.. tunggu dier sihat sket.. ok Din haku nak pegi azankan jap.." lelaki itu menyambung..

Maka dengan itu.. di tanggal 29 September 1982 lahir la seorang insan yang begelar Hanie.. dan hari ini genap lah ia berusia 27 tahun.. sihat walafiat jer haku tengok.. harap-harap bertambah bahagia la lelaki itu.. dan Din Sayong telah berjaya menjadi Ketua Kampung Sayong Bengkak selama 10 tahun berturut-turut..

Wak Jeman di Hari Raya

Monday, September 28, 2009
" Prreeeengggggg.. Preeeeennnnggg.. Ppreeeenngg.. Preeennnggg..." melodi exzoz paip Yamaha RXZ 135 milik jiran haku memecah keheningan pagi.. sepantas itu juga bunyi itu memecah-belahkan mimpi haku bersama Nadia AF.. cet kurang asam.. potong stim betul la.. baek minah nie..

"Cilaka punya owang sebelah.. Pepagi dah memekak.. tak payah la nko press moto tu kuat-kuat.. dah la exzoz buluh lu hadapkan kat bilik haku.. nak rempit pun tunggu la malam.." haku mengeluh..

Maka dengan selambanya haku menutup telinga ku dengan bantal.. seketika kemudian baru haku sedar.. la dah hari raya rupernyer... maka tergopoh-gapah la haku menyiapkan diri untuk merayakan hari raya.. sebelum kepala haku benjol diketuk oleh mak haku.. aisyeh lupa ambik tuala la.. cet yang korang bayangkan buat per.. nak tengok cakap.. jangan curi..

Mandi.. tak yah la cite ek.. ok aku dah siap ngan baju melayu, songkok, sampin dan kasut converse.. hem tak kene.. tukar kepada capal..baru la macam pendekar.. hahaha.. start moto pegi surau.. sembahyang raya.. seatle balik umah niat hati nak makan ketupat..

Sedang haku mandom melayan angin pagi raya.. dikala haku diatas moto.. sambil menyanyikan lagu raya Sanisah Huri.. tiba-tiba.. di satu selekoh..

Wwrrreeeennngggg.. seekor Yamaha Sport memotong haku.. dah haku terkujat.. maka bawah pokok mangga la haku tersadai.. nasib baik haku tak jatuh.. mahal oo baju melayu nie.. RM 30 kat Jalan TAR..

"Kerbau Pendek punya Yamaha Sport.. adaker patut dier potong haku tang kona.. tak bleh jadi nie.. mesti kejar nie.." berdetik hati ku.. per lagi change gear aku rempit la ala-ala Velentino Rosli.. mengejar budak itu.. untuk membalas dendam..

sampai satu kona.. yang di panggil kona Wak Mercun.. kedua-dua perempit bakal memasuki kona tersebut.. lutut dah kuar.. gear dah kasi turun.. baru nak masuk.. dari belakang..

Ptutptutptutptut...

Sebiji Lambreta Kuning memotong disaat akhir.. lalu berhenti tak jauh dari situ.. sambil menoleh kepada kitowang yang dah tersadai di tepi timbunan pasir..

"Wei hangpa pi belajaq dulu la.. kencin tak luruih.. nak merempit.. boleh jalan da.." Laung pemilik moto tersebut..

Kurang ajar punyer Wak Jeman.. nasib baik nko tu dah 50-an.. kalau tak dengan nko ngan Lambreta nko jadi tukun dalam parit nie.. maka Wak Jeman pun berlalu dengan menyanyikan lagu Ahmad Jais kesukaannya.. kami.. berpandangan.. bersalam dan bermaaf-maafan.. kan hari raya..

Kuih Tat Gulung Besh

Wednesday, September 9, 2009
blog ini akan bersawang sementara.. atas sebab-sebab yang musabab.. haku terpaksa menyelow kan post di bulan pose nie.. akan bersambung selepas raya nanti.. so sory guys...