Bubur Pulut Hitam

Tuesday, August 25, 2009
"San nko cari kat blakang.. Aku nak cari barang yang lain" perintah Along Ismon..

"Ok..An nko panggilkan Wak Jali..follow haku" haku meminta pertolongan.. pertolongan pun sampai..

"Angkat An.. Wak tolong la.. jangan tengok ja.. berat nie.." haku memerah kederat..

maka berjalan la beratur seakan-akan sekumpulan askar menjulang menatang itu ke tempat yang di tetapkan..

"Mana Along Ismon nie.. nie yang haku sentap nie.." haku melepaskan ketidakpuasan hati haku..

"Along kata dier pegi beli air tadi.." An cover line..

kami letakkan menatang tadi di posisi yang terbaik mengadap timur.. dalam lingkungan 35 darjah menegak..

Setanak nasi kemudian sampailah Along Ismon dengan bahan2 yang diperlukan.. dibelakangnya kelihatan Samy Jai.. Jonggo.. Robot.. dan Tompok.. juara pantun sekolah-sekolah tahun lepas..

"Pahal lambat sangat.. nie mana nko jumpa diowang nie.." haku menyoal Along yang kelihatan mengah mengayuh basikal jaguar milik jiran dier..

"Aku jumpa kat port sempang tadi.. ngah makan jambu.. aku ajak la join.." terang Along disusuli dengan 3 anggukkan dari ke-empat2 ahli baru malam nie..

projek di teruskan dengan mencampurkan bahan yang diperlukan mengikut nisbah dan sukatan yang telah ditetapkan.. maka dengan segala kepakaran dan pengalaman.. terciptala satu gabungan yang kami raser akan menggegarkan dunia dikala Ramadhan baru memunculkan dirinya..

" Tompok disebabkan nko telah menang dan mengharumkan nama Kg Sri Aman hari tu.. nko dapat keistimewaan untuk percubaan kali pertama.." haku menghulurkan Tongkat Sakti kepada Tompok tanda penyerahan kuasa..

Tompok dengan lagak gaya John Travolta.. dengan spek mata dan rambut penyek akibat tekanan dari Tancho.. dengan belah tepi ala-ala Micheal J.Fox menerima Tonkat Sakti itu dengan simpul senyuman yang tak sudah..

"Ha aper lagi.. balun la Tompok.. aku dah tak sabar nie.." Wak Jali memprovoks..

"Yela Wak.. aku nak ambik feel nie.. wahai Tongkat Sakti.. berikan aku kekuatan mu untuk aku buktikan tentang kehebatan kami.." Tompok membaca Mentera 5 Penjuru Kuasa.. lantas ternyala api di hujung tongkat itu.. lalu menuju ker Lubang Hitam lalu..

..
..
..
..
..
..
..
..
..
..

BOOOOMMMMMMMMM..

semua tercampak kebelakang.. terpinga-pinga.. power giler.. besh2.. betul-betul mengadap surau.. padan muka korang.. mesti tak leh sembahyang teraweh.. kitowang nak makan Bubur Pulut Hitam korang tak bagi ek.. ha raserkan.. baru tau power ker tak meriam palong kami.. yerla kitorang bebudak lagi.. lantak la kitowang nak buat per..

lepas 3 kali bunyi.. kami semua lari.. sebab Tukang Azan perhambat kitowang dengan tali pinggang jawa.. kalau kene mau tak raya tu.. oh tidak.. maka 1 basikal Jaguar naik 4 owang.. 1 Basikal Chooper naik 3 owang.. yang lain lari sekuat-kuat hati..




Paham kah haku..??

Wednesday, August 19, 2009
Thanks kowang.. aku telah disahkan bebas dari H1N1... ok sambung blog balik.. aku nak sembang pasal pompuan nie.. agak sensetif sket.. hari 2 kawan haku call.. nenangis.. aku lemah sket pompuan nenangis nie.. nak ku lempang jer.. aku tanya la pepasal.. dier kata dengan sedihnya..
" Awak dier dah tinggalkan saya".. kata dier..
" Biler plak u bercinta.. setahu saya u single kan..? haku la tu..
" Awak sory.. saya tak berniat.. dier tu X-BF saya.. dulu dah clash.. pas tu dier datang balik.." jelas minah tu..
" So awak terima la.." haku la..
" Saya nampak dier macam serius jer.." minah tu diselang selikan dengan esakan dan tangisan..

haku tak paham la.. kenapa biler sekali dah kene pas tu boleh terima balik pas tu boleh kene lagi.. 2 kali nangis.. kengkadang haku kesian jugak.. yerla dah nangis sakan.. tak kesian bukan manusia namanya.. tapi dier kesian tak kat diri dier..?

ada satu lagi kes
kali nie kawan haku lelaki yang ditinggalkan berkali2 oleh sorang pompuan.. lagi haku tak paham.. dah la jambu.. muka cari makan.. pun boleh jadi macam tu.. haku tanya dier naper nko trima balik.. dier kata sayang.. SAYANG.. hem dier paham tak maksud sayang tu.. ker dier memang tergolong dalam kawanan lembu.. hahaha.. lantak nko la.. asalkan nko tak susahkan haku sudah.. apa-apa pun bertemu.. bercinta.. putus.. berkekalan adalah lumrah dalam kehidupan.. macam ner korang hadapi semua tu lantak korang la.. nak mintak pendapat bagi tau aku.. insyaallah haku tulung.. tak payah bayar.. tapi kalau nak bayar tu biarla berlebih..

ader yang mintak alamat umah haku.. nexk post haku bagi k..

Hadiah IV : da Last Present

Friday, August 14, 2009
Macam-macam hadiah yang kita boleh dapat dan beri.. ikut korang punyer suka tekak korang la.. cuma pada aku kalau boleh berikanlah hadiah pada owang yang korang suka atau sayangi itu secara surprise.. maksud aku masa nak pegi kejer ker.. masa bangun tido ker.. masa dating ker.. masa sakit ker.. bukan pada masa-masa yang memang kompom korang kene bagi.. macam bufday atau anibeseri.. dan pastikan hadiah itu sesuatu yang sangat simple macam cokelat diikat reben ker.. pen sebatang ker.. atau pastikan hadiah itu membawa maksud seperti poster filem ker cd ker..

aku..? banyak gak dapat adiah pelik.. limau bali sebiji.. dunking donut 'happy face' masa aku majuk.. kad ngengarut.. tapi paling unik sebiji batu dan sehelai daun mati.. yang beshnyer adiah tu aku dapat masa aku last day sekolah menengah.. dari insan yang aku sayang.. masa tu la.. sampai skung aku simpan batu tu.. buat gosok daki.. daun tu tah mana tah.. ilang kot tak pun reput.. hahaha.. lantakla.. yang penting sampai skung aku ingat..

paling besh yang pernah aku bagi ialah sehelai T-Shirt yang mana aku print sesuatu yang kawan aku suka.. kawan aku tu minat lagu Dewa - Satu ngan Dewa - Pupus.. dan dia pandai bahasa jepun.. so aku cari sehelai t-shirt aku anta kat member aku.. aku print lirik lagu tu kat belakang.. kat depan aku print perkataan Ghambate Khudasai yang bermaksud Semoga Berjaya.. tu yang paling aku ingat la.. aku harap kawan aku tu jagala elok2..

lagi satu korang pernah tak bertukar-tukar hadiah tapi bagi mende yang sama.. aku pernah.. dengan my luvly bestfriend AJ.. Cokelat Cadbury untuk kitowang punyer bufday.. sama harga.. sama perisa.. sama saiz.. sama tempat beli.. hahaha.. Thanks My Dear.. U r da Besh & u know tat.. Skung nie aku banyak terima Key Chain.. so aku pun jadila Da Key Chain Collector.. so sesiapa yang pegi jenjalan tu belikan lah aku Key Chain ek.. yang murah pun ok.. anta kat aku nanti aku anta la sesuatu kat korang balik.. dah aku demam nie.. nak makan ubat.. korang nak.. tak payah.. beli sendiri.. tak pun makan jer Cortal..

Hadiah III : Da Secret Present (18SX)

Tuesday, August 11, 2009
Bagi lelaki.. korang pernah bagi GF korang adiah Bra ngan Spender tak..
Bagi pompuan.. korang pernah dapat tak adiah nie..

Secara peribadi aku rasa tak der masalah untuk merealisasaikan persoalan diatas.. sebab bagi aku ia pun hadiah jugak cuma agak melucahkan sket ja.. hahaha.. aku pernah jer bagi adiah nie.. kat member aku.. aku suruh member dier selidik saiz minah nie.. pas tu aku beli.. pergh 1st time memang malu beb.. da la masa tu aku sorang jer lelaki kat kedai tu.. pas tu sales gurl tu pun kira memalu nak melayan aku.. kemalu-maluan beb.. hahaha.. wa tunjuk-tunjuk jer.. pilih pun dari pandangan mata wa.. bantai la.. janji wa beli..

so skung nie aku dah tak malu dah.. selamba ja aku beli.. saper nak aku belikan angkat tangan..
sila bagi saiz korang sekali.. yang pompuan la sebab aku malas nak ukur k.. yang lelaki kalau nak jugak pun boleh.. nak bagi GF boleh.. nak pakai sendiri pun boleh..

Hadiah II : Da Numbers

Monday, August 10, 2009
"Wei nko nak pegi mana..?" aku..
"Summit.. naper nak ikut..?" Dier..
"Nak jugak.. jap aku siap.." aku..
Maka bergegas la haku menyiapkan diri ku sendiri.. mandi lebih kurang.. ambik spek.. perfume sket.. sarung Teva.. aku blah.. sampai kat Summit jam 1 petang lebih kurang..
"Nko nak cari aper nie.." aku
"Hadiah bufday.." Dier..
"Nko nak bagi aper" aku..
"22 hadiah sebab nie bufday die yang ke-22" Dier..

Aku terdiam sekejap.. tak pernah terpikir plak yang number pun boleh jadi hadiah.. kesimpulanya hari tu kitowang borong la 22 jenis menatang-menatang yang boleh dipanggil hadiah.. nak aku senaraikan ker..? hem tak yah la kot.. banyak tu..

Seminggu lepas tu aku tolong la member aku nie balutkan adiah tu.. satu jenis pembalut.. putih ader gambar kambing.. hahahha.. aku tengok member aku.. tengok kambing.. member aku.. kambing.. hem ada iras jugak diowang nie.. kambing macam dier atau dier macam kambing.. pas tu susun dalam kotak TV yang besar.. yang mana kotak itu pun di balut jugak.. hahaha.. korang bayang la sendiri.. kalau korang dapat macam nie aper yang korang rasa..?.. kompom besh punya la..