Santai Situasi : 2

Thursday, October 29, 2009
Situasi 2

"Kejar dier.. Kejar.. jangan bagi lepas.." perintah Pais Kembang umpama jeneral perang..

Aku bersama-sama segerombolan askar yang setia menurut perintah itu.. maklumlah loceng rehat hampir berbunyi.. mana boleh kami kalah main polis entri.. ikut sejarah kamilah pasukan terkuat kat sekolah tu.. tapi yang dikejar itu adalah Shamsul Kamal.. juara 100 Meter sekolah.. dia juga Juara dalam Pertandingan Melukis peringkat Daerah Petaling..

"Stop.. stop.." haku bersuara..

"Kita kene ader plan nie.. kalau tak sampai besok la kita kejar mamat nie.. laju siut.. aku dah pancit dah nie.." aku sambung..

"Aku setuju.. perut aku dah senak dah tadi.. aku rase sebab makan kuih boom 3 biji tadi nie.." Sepul Rongak bersuara..

Kami berpandangan.. tak paham.. apa kene mengena pancit ngan kuih boom.. kemudian perbincangan sulit untuk pelan tindakan serangan hendap dibincangkan.. setelah posisi diambil.. pelan tindakan tadi di jalan kan..

Aku menunggu di belakang sekolah rendah ku.. terdengar jeritan dari arah timur.. aku bersedia..

"Tangkap san.. tangkap.." suara ramai menyuruh ku bertindak..

Aku pun melompat ala-ala Rambo untuk menangkap.. tapi malang tidak berbau kentut.. di sebabkan pihak lawan terlampau laju maka aku pun di bawanya bersama-sama.. akibat dari perlanggaran itu maka seharian la haku berkain batik di sekolah..

Mana tak nya seluar aku koyak.. dibahagian kelangkang.. hingga menampakkan sesuatu.. (korang tak yah nak berimaginasi, sekolah rendah ok..) baju aku koyak.. lutut aku koyak.. siku aku koyak.. kompom balik nie aku kene libas ngan mak aku.. tapi kami menang juga.. dapat la kuih boom dengan air sirap yang di belanja oleh Sepul Rongak..

Santai Situasi : 1

Wednesday, October 28, 2009
Situasai 1

"An terjunlah.. jangan malu-malu.." sahut Cik Awe mencabar kawannya untuk terjun tiruk..

"Jap r.. aku ngah ambik feel nie.." An menjawab..

Begitu situasi di salah satu kolam air terjun Berkelah pahang.. sedang haku memerhatikan gelagat kawan-kawan haku ber'tiruk'.. sempat jugak aku snap posisi menarik diowang..

Angah telah berada di dalam air.. begitu juga Cik Awe.. menunggu An terjun..

"Inilah dia.. terjunan paling hebat di alam semester.." An menjerit..

Dengan berseluar pendek.. tidak berbaju.. dada yang bidang itik.. dengan tangan di depangkan.. kaki lurus.. badan lentik.. aku kagum.. aku rasa nie gaya olimpik yang sebenar nie.. 1 1/2 somesop nie.. 2.1 difficulty..

BBBRRRRUUUUUURRRR.........

Aku tetiba ja terpaku.. Angah ngan Cik Awe pun sama.. berkata-kata.. kenapa tangan An satu jer yang kedepan.. mana satu lagi..






satu lagi berada di lutut.. dengan pantas menarik kembali seluar pendek yang terlucut.. hingga menampakkan labu separa cokelat.. patutla satu ja tangan yang berenang.. trus dieowang naik.. masak.. dah tak lalu nak mandi.. penat gelak..

Dia Telah Ku Maafkan ; Siri 1

Tuesday, October 13, 2009
"Woi lintas jalan tengok la kiri kanan.. kang wa langgar lu kang.." pekik Lan kepada 2 owang gadis yang tergedik-gedik melintas jalan.. dengan skrit atas lutut.. baju ketat.. membuatkan Lan berenti sejenak.. melayan pandangan yang indah itu..

"Sekali muka macam jambatan terbengkalai da.. potong stim tul.. tapi body A punya.." bisik hati Lan..

Sebagai seorang despatch yang berjaya Lan amat beredikasi terhadap kerjanya.. maklumla Lan bukan pandai sangat.. setakat dapat Math A1, English B dan Bahasa Malaysia B dalam SPM.. yang lain cukup-cukup makan tak pun fail trus.. maka despatch la kerjaya Lan.. dia redho dengan ketentuannya..

Maka Lan meneruskan rempitannya menuju ker destinasi hariannya.. Port Rumah Kuning Kg Baru.. port lunch time Lan dan budak despatch yang lain..

"Assalamualaikum.." Lan mengangkat tangan..

"Kalau yer pun matikan la moto tu dulu.. dah la moto nko tu buruk.. berlumut.. tukar la moto baru.. LC 135 ker.. Lagenda Z ker.. EX5 ker.. nie tak, nko bawak lagi RC tengkok patah nie.." dengan selamba Wan Preng sound..

"Aik bahasa nampak.. dah tak suka makan nasi...? ker nak makan nasi guna straw..?" sambut Lan dengan sengehnya..

Tangan dihulur menyampaikan salam.. tangan disambut dengan senyuman.. mengambil posisi mengadap jalan.. Lan melabuhkan punggung menghela kepenatan.. sambil menyalakan sebatang rokok milik Black Jangkang..

"Gemuk.. sirap satu.." oder Lan sambil melambaikan tangannya.. seketika kemudian terpangpanglah secawan sirap ais dihadapan Lan.. tiba-tiba..

TOTT.. TOTT.. telefon bimbit Lan berbunyi.. senyap seketika.. setelah itu Lan menundukkan kepalanya..

"Wei hang pasai pa nie..? " Fuzi budak yang berasal dari kedah mengesan satu kepincangan pada Lan..

"Mak aku meninggal.. Jatuh bilik air.." Lan bersuara tenang..

bersambung...


Rumah Bujang

Thursday, October 1, 2009
"Ok aper menu yang kita nak buat.." Jaja memulakan sembang petang..

"Nasi Impit, kuah kacang ngan rendang.. aku suruh mak haku buat.." Syeh Slow bersuara..

"Lopez bahagian aku k.." haku plak..

"Ok kalau macam tu.. kita kolek 50 hengget sorang.. kita beli jajan.. KFC.. pinggan kertas nko beli Angah.. nanti haku suruh makcik aku buat Mee Hoon.." Jaja memberi kata putus.. yang lain hanya mengangguk..

Maka kompom la kitowang buat Open House kat umah bujang ahad nie dari jam 5 petang sampai malam..