Santai Situasi : 2

Thursday, October 29, 2009
Situasi 2

"Kejar dier.. Kejar.. jangan bagi lepas.." perintah Pais Kembang umpama jeneral perang..

Aku bersama-sama segerombolan askar yang setia menurut perintah itu.. maklumlah loceng rehat hampir berbunyi.. mana boleh kami kalah main polis entri.. ikut sejarah kamilah pasukan terkuat kat sekolah tu.. tapi yang dikejar itu adalah Shamsul Kamal.. juara 100 Meter sekolah.. dia juga Juara dalam Pertandingan Melukis peringkat Daerah Petaling..

"Stop.. stop.." haku bersuara..

"Kita kene ader plan nie.. kalau tak sampai besok la kita kejar mamat nie.. laju siut.. aku dah pancit dah nie.." aku sambung..

"Aku setuju.. perut aku dah senak dah tadi.. aku rase sebab makan kuih boom 3 biji tadi nie.." Sepul Rongak bersuara..

Kami berpandangan.. tak paham.. apa kene mengena pancit ngan kuih boom.. kemudian perbincangan sulit untuk pelan tindakan serangan hendap dibincangkan.. setelah posisi diambil.. pelan tindakan tadi di jalan kan..

Aku menunggu di belakang sekolah rendah ku.. terdengar jeritan dari arah timur.. aku bersedia..

"Tangkap san.. tangkap.." suara ramai menyuruh ku bertindak..

Aku pun melompat ala-ala Rambo untuk menangkap.. tapi malang tidak berbau kentut.. di sebabkan pihak lawan terlampau laju maka aku pun di bawanya bersama-sama.. akibat dari perlanggaran itu maka seharian la haku berkain batik di sekolah..

Mana tak nya seluar aku koyak.. dibahagian kelangkang.. hingga menampakkan sesuatu.. (korang tak yah nak berimaginasi, sekolah rendah ok..) baju aku koyak.. lutut aku koyak.. siku aku koyak.. kompom balik nie aku kene libas ngan mak aku.. tapi kami menang juga.. dapat la kuih boom dengan air sirap yang di belanja oleh Sepul Rongak..

7 Insan Besh:

Rozita said...

ooo seluar ko koyak masa sek rendah ek?
sori la..akak dah pun bayangkan masa ko umur 17thn..masa zaman teruna sunti gitu auwww :P

Lifesaver said...

time tu ko sunat ke blom?

mamai said...

dasyat mamat tu lari mesti watson nyembek nie

Liliyuli said...

kihkihkih~

plan tak berapa nak menjadi tu..

nuyuljana said...

aku nak tanya soalan yang sama seperti soalan lifesaver.


:DD

kAkUnA_tHe KeLip KeLiP said...

lagi dasatt...! hahahaah...nsib baik bebudak lagi..ekekek

BudAk hijAu said...

kami dul2 main zeropoin!

tau?