Dah Hilang Dah

Monday, December 28, 2009
"Mak sejuknya.." Man Ribut menjerit..

di sambut dengan gelak ketawa owang-owang tua yang mengharapkan anaknya ok.. seketika itu..

"Mak dah tak der dah.." Man Ribut kembali menjerit..

membuatkan rakan-rakan seperjuangan termasuk aku kecut perut.. tapi di sebab kan RM 10 punyer pasal aku tahan jua..

"Geng aku nak balik geng.. jom la.." Edy Panjang memberi cadangan..
"Aku ok.." Selamat menyahut..

Maka 4 owang sahabat aku yang diketuai oleh Edi Panjang melompat tingkap dan melarikan diri..

Itulah antara kesah semasa aku berkhatan.. maklumla guna cara lama.. Tok Mudim.. macam pesta masa tu.. 34 owang semanya.. 4 lari jadi tinggal 30 jer la.. guna batang pisang.. dan pelbagai lagi alatan yang pelik.. tak berani aku nak tengok..

Setelah selesai aku di jaga oleh nenek aku bersama-sama sepupu aku.. 3 owang semuanya.. makan tido baca komik semua dilakukan semasa baring.. kain ader piramid.. tapi biler tido siap boleh tertukar tempat..

Collection time tu sikit geng.. dapat la RM 50 jer.. tapi cukupla buat main game 20 sen..

p/s : masuk darjah dua aku dah "dewasa".. hahaha.. start ngorat la..

Rerambut

Monday, December 21, 2009
Aku potong rambut.. aku cukur misai.. aku cukur janggut...

Biler aku datang opis diowang gelakkan haku..

Diorang kata budak sekolah tak leh masuk..

Cet cinabeng betul...


P/S : memula nak taruk gambar..pas tu tak jadi...hehehehe..

Rajinikhan Zup Zup

Tuesday, December 15, 2009
Sedang asyik aku melayan cita Tamil Padiyappa lakonan Rajinikhan..
tiba-tiba telepon aku berbunyi..

"Helo dey.. yena.." suara itu menerjah gegendang telinga aku..

"Helo macha.. ini sapa.. apa cita.." suara aku..

"Rajinikhan macha..lu tak tau ka ini hari hari apa..?"suara itu..

"Tak tau.. hari apa.."suara aku..

"Ooo yer ker..? yerla aku lupala.. thanks ek ingatkan.." suara aku lagi..

"Tarak hal macha.." suara itu..


hang up..



Terima kasih la Rajinikhan sebab ingatkan haku tentang Bufday Cik Yanie Gebu..

Epy Bufday Waffle Gurl..

6 Perenggan

Monday, December 14, 2009
December berlalu pantas
Terlalu banyak yang terlepas
Adakalanya kita tak pernah terlintas
Bahawa semuanya bertempias...

December hampir ker penghujung
Tapi kita masing bercangkung
Menanti tiba saat gembira
Yang datang entah bila..

Kawan dan musuh silih berganti
Berlayar bersama sehingga mati
Niat yang baik disalah erti
Niat yang jahat di julang tinggi

Ku pohon doa padamu ya Tuhan
Moga beri ku semangat melawan
Atau paling kurang semangat bertahan
Melalui liku-liku perjalanan

2009 tiba ke pantai
Setelah melalui ombak dan badai
Dimana kita wahai kawan
Turut tiba atau masih di bawah awan

2010 ada disana
Bersama seribu satu makna
Yang terukir agar kita bertanya
Mampukah kita untuk bersamanya..


Bahasa Menunjukkan Bangsa

Wednesday, December 9, 2009
"Tompok nko datang umah aku jap.. tolong aku repair moto.. malam nie nak racing nie.. dengan Apai Shari.. budak Kg Lombong" Saadon Cuping meminta pertolongan..

"Owait.. jap aku nak makan jap.." Tompok..

Maka seketika kemudian sampailah Tompok di perkarangan umah Saadon..

"Ha macam ner.." Tompok bersuara..

"Matikan la dulu moto tu.. nko ingat aku nie ikan patin ker..?" marah si Saadon..

"Ok.. kau nak aku tolong aper nie Don.." Aku setakat tolong tengok memang champion..

"Nko pegi kat stor tu.. bawah almari ambik kan Balok.." perintah Saadon..

"Balok tu aper.." Tompok menggaru kepalanya..

"Blok moto la.." Saadon membetulkan tatabicaranya..

Maka bermula seisi pemodifikasian.. seketika kemudian..

"Pok nko tolong bukakkan Begel aku nie.." Saadon..

"Begel tu aper Don.." Tompok mengerutkan dahinyer..

"Nie ha.." sambil menghulurkankan pergelangan tangannyer..

"Nie Benggel la kambing.." tompok membetulkannya lagi..

"Ha Benggel.. Pok aku ingat aku nak jual la moto nie.. nak beli yang lagi besar sket.. nak pakai YP350 la.. baru laju.." Saadon dengan muka yang serius sambil rokok di bakar..

"Nko tolong carikan Vampire.." sambung Saadon

"Nko dah giler ker.. mana aku nak cari Vampire.. kang tak pasal-pasal mati lak aku.. dier gigit tengkok aku.. jadi janda awek aku.." suara tompok menampakkan keseriusannya..

"Eh silap.. Buyer.. carikan aku buyer Pok.." Saadon membetulkan lagi..

Beberapa jam kemudian selesai la kerja2 budak 2 ekor tu..

"Pok nko ambik Spam kat dalam stor tu.." Saadon memerintah..

"Woi mangkuk.. Spam tu aper..? penat la cakap ngan nko nie..? Tompok menunjukkan kemarahannyer..

"Spam pun tak tau.. Spam la.. aku nak basuh moto nie..? Saadon melawan..

Tompok paham.. tanpa bicara tompok ambik menatang yang bernama Spam lalu membawanya kepada Saadon..

"Nie namanyer Span.. bongok.. nko ngan Micheal nko sama jer.." Tompok tak puas hati..

"Span ek.. naper nko tak ambik botol Puti tu sekali.." Saadon melawan kembali..

"Pening aku layan nko nie.. nie namanya botol 2T k.. bukan Puti" Tompok dah hangin dah..

"Rilek la Pok.. wei pegi beli air pok.. nah 90 Pukang.." Saadon memujuk..

" 90 Kupang la.. meh sini.." tompok termakan rasuah Saadon..

"Beli kat kedai Kak Ena Rewang sudah.." Saadon mencadangkan lokasi..

"ok.." ringkas dari Tompok..


Setengah jam kemudian..

"Mana Tompok nie.. dari start basuh moto sampai aku pun aku basuh tak sampai2 lagi.." Saadon mengeluh.. menunggu kadatangan air sirap..

Di suatu lokasi di atas pangkin di bawah pokok rambutan seorang pemuda sedang asyik menikmati ais kepal dan di sebelahnya kelihatan Dunhill sebatang dan Gudang Garam sebatang.. pemuda itu bernama Tompok...

p/s : Micheal tu monyet belaan Saadon..

Matematik Tambahan

Monday, December 7, 2009
Suatu ketika.. semasa aku study.. di sebuah kedai mamak..


"Bang braper bang" aku la tu..
"Apa makan bos.." mamak yang muka penat..
"Roti Sardin satu.. Teh o dua.." aku menjelaskan..
"RM 9.50 bos.." mamak tadi menjumlahkan.. aku hulur 10 hengget.. dia hulur balik kat aku duit baki.. aku ambik trus aku blah.. tak pandang belakang.. sebabnya...


Dier bagi aku RM 40.50.. dier ingat aku bagi not 50.. aper la bengap mamak nie.. aku ambik la.. dah la tak der duit sangat.. makan free.. dapat RM 30.50 lagi.. senyum aku.. tengahari nie boleh makan pizza.. yay..

Sawang

Dah lama aku tak hudet blog haku.. kesian kat korang kan.. baikla aku akan mula semula sebagai pengusaha blog (boleh guna ker ayat nie).. oleh itu sila bagi sokongan dengan taip sokong dan hantar ker 32333.. sekian