6 Perenggan

Monday, December 14, 2009
December berlalu pantas
Terlalu banyak yang terlepas
Adakalanya kita tak pernah terlintas
Bahawa semuanya bertempias...

December hampir ker penghujung
Tapi kita masing bercangkung
Menanti tiba saat gembira
Yang datang entah bila..

Kawan dan musuh silih berganti
Berlayar bersama sehingga mati
Niat yang baik disalah erti
Niat yang jahat di julang tinggi

Ku pohon doa padamu ya Tuhan
Moga beri ku semangat melawan
Atau paling kurang semangat bertahan
Melalui liku-liku perjalanan

2009 tiba ke pantai
Setelah melalui ombak dan badai
Dimana kita wahai kawan
Turut tiba atau masih di bawah awan

2010 ada disana
Bersama seribu satu makna
Yang terukir agar kita bertanya
Mampukah kita untuk bersamanya..


5 Insan Besh:

mamai said...

setahun berlalu tinggal banyak kenangan dan yang datang aku tunggu

said...

selamat tahun baru 2010

Anonymous said...

tak sabar nak tunggu 2010

Rozita said...

2010 sudah semakin hampir. pastikan ianya lebih baik dr tahun 2009 :) salam

hanie said...

ape yg terjadi kat 2009...
jdkn panduan supaya 2010 menjadi lebih baik.. :)