Wak Jeman di Hari Raya

Monday, September 28, 2009
" Prreeeengggggg.. Preeeeennnnggg.. Ppreeeenngg.. Preeennnggg..." melodi exzoz paip Yamaha RXZ 135 milik jiran haku memecah keheningan pagi.. sepantas itu juga bunyi itu memecah-belahkan mimpi haku bersama Nadia AF.. cet kurang asam.. potong stim betul la.. baek minah nie..

"Cilaka punya owang sebelah.. Pepagi dah memekak.. tak payah la nko press moto tu kuat-kuat.. dah la exzoz buluh lu hadapkan kat bilik haku.. nak rempit pun tunggu la malam.." haku mengeluh..

Maka dengan selambanya haku menutup telinga ku dengan bantal.. seketika kemudian baru haku sedar.. la dah hari raya rupernyer... maka tergopoh-gapah la haku menyiapkan diri untuk merayakan hari raya.. sebelum kepala haku benjol diketuk oleh mak haku.. aisyeh lupa ambik tuala la.. cet yang korang bayangkan buat per.. nak tengok cakap.. jangan curi..

Mandi.. tak yah la cite ek.. ok aku dah siap ngan baju melayu, songkok, sampin dan kasut converse.. hem tak kene.. tukar kepada capal..baru la macam pendekar.. hahaha.. start moto pegi surau.. sembahyang raya.. seatle balik umah niat hati nak makan ketupat..

Sedang haku mandom melayan angin pagi raya.. dikala haku diatas moto.. sambil menyanyikan lagu raya Sanisah Huri.. tiba-tiba.. di satu selekoh..

Wwrrreeeennngggg.. seekor Yamaha Sport memotong haku.. dah haku terkujat.. maka bawah pokok mangga la haku tersadai.. nasib baik haku tak jatuh.. mahal oo baju melayu nie.. RM 30 kat Jalan TAR..

"Kerbau Pendek punya Yamaha Sport.. adaker patut dier potong haku tang kona.. tak bleh jadi nie.. mesti kejar nie.." berdetik hati ku.. per lagi change gear aku rempit la ala-ala Velentino Rosli.. mengejar budak itu.. untuk membalas dendam..

sampai satu kona.. yang di panggil kona Wak Mercun.. kedua-dua perempit bakal memasuki kona tersebut.. lutut dah kuar.. gear dah kasi turun.. baru nak masuk.. dari belakang..

Ptutptutptutptut...

Sebiji Lambreta Kuning memotong disaat akhir.. lalu berhenti tak jauh dari situ.. sambil menoleh kepada kitowang yang dah tersadai di tepi timbunan pasir..

"Wei hangpa pi belajaq dulu la.. kencin tak luruih.. nak merempit.. boleh jalan da.." Laung pemilik moto tersebut..

Kurang ajar punyer Wak Jeman.. nasib baik nko tu dah 50-an.. kalau tak dengan nko ngan Lambreta nko jadi tukun dalam parit nie.. maka Wak Jeman pun berlalu dengan menyanyikan lagu Ahmad Jais kesukaannya.. kami.. berpandangan.. bersalam dan bermaaf-maafan.. kan hari raya..

11 Insan Besh:

Ecah said...

hahahahaha... seb baek bermaafan.. kalo bertumbukan.. tak pun.. ber tamparan.. ekkek

niEna hailani said...

hahaaaa...
selamat hari raya k

ayampinko said...

dear ecah.. hahaha..kan hari raya..so bermaafan la..

niena.. selamat hari raya jugak..

PenuliS said...

ekekeke...macho gak wak jeman tu eh?

macho merempit!!

YanChoco said...

ehehehe.... bole x sedar da nk raye en.. huhu.. paper pom cter yg besh lorgh..

Lifesaver said...

ni kisah tipu ke btol?

♣haNie♣ said...

raya2 pn nk merempit..
haihh~~

kl lepak dlm parit tu...
kan dh raya kat hospital..
ekekeke :P

kAkUnA_tHe KeLip KeLiP said...

woo,pagi raya merempit..cis,tade semangat ketupat lansung..huhuhu...Selamat Hari Raya...ehee...

Rozita said...

hahahaha
respek la kat Wak Jeman tu..
betul jugak apa yg dia cakapkan..

ayampinko said...

penulis = macho beb..

yan = selamat hari raya yan...

lifsaver = betul la...

hanie = hala sihat sampai sekarangkan..

kakuna = ada la...niat kan nak makan ketupat

rozita = hahaha..nak no telepon tak..?

nuyuljana said...

koyak tak baju raya?