Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Rezeki Datang Bergolek

Wednesday, July 8, 2009
Lagu Bitter Heart - Zee Avi menjerit.. ok ader owang call aku..

"Halo saper sana cakap" aku..
"(suara pompuan) Hai wak.." pompuan tu..
"Hai.. awak sihat.." tanya aku..
"Sihat jer.. Ngah uat per tu.." pompuan tu..
"Bunuh biawak.. hahaha" aku berseloroh..
"Biar betul wak.. siyes nie..?" pompuan tu.. nada agak siyes..
"Tak lah.. ngah lepak2 jer.. Awak..?" aku..
"Ngah tengok gambar awak.." pompuan tu.. sempoi jer..
"Gambar saya.. kat ner..? masa biler..?" Aku dah kaget..
"Hala gambar awak kat FB dalam album Medan.." pompuan tu..rileks jer jawab..

Aku pandang hanpon aku.. Medan..? Biler plak aku pegi Medan.. Kampung Medan pernahla aku pegi.. pasport pun tak der..

"Kejap..awak nie yang mana satu yer.." aku berbahasa..
"Awak nie.. luper la tu.. nie Asma la.. Asma Sentul.. takkan dah luper kot.." pompuan tu.. majuk..
"OOO Asma Sentul.. ingat ingat.. " aku mengiakan..
"Eh jap.. awak nie bukan Oyet Klang ker.." pompuan tu.. Asma.. suara cuak..
"Bukan la.. saya Asan Puchong.." aku.. senyum..
"Sory awak.. salah nombor.. malunyer.." pompuan tu.. Asma.. muka merah..
"Ok tak per.. Asma dah alang-alang sembang..trus kenal boleh tak" aku.. pancing..
"Hem ok.. . . . . . . ." pompuan tu.. Asma.. nak kaber malu..

So semalam aku menambah seorang lagi kawan baru.. Asma Sentul.. YM dapat.. FB dapat.. blum jumpa lagi.. dah jumpa aku citer ek minah nie cam ner.. kalau aku luper korang tamparkan ek..

Nota Penting : Masih Single.. Blum Tunang.. Blum Nikah

Update : Kawen tak tau dah ker blum..

Meh Gelak

Thursday, June 11, 2009
Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga. Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenaraipendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Diakhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur. Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu. Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar.

Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak. Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.
"Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi. Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata,
" Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana". Huargh!Huargh! Huargh! Huargh!"