Modestos

Saturday, January 9, 2010
Aku duduk kesorangan
Berteman air campuran COKE secawan
Lampu lip-lap mengaburkan pandangan
Muzik bingit memekakkan pendengaran
Belia kota mencari ketenangan katanya
Sambil beliawanis mencari hiburan
Badan bersentuh tanda perkenalan
Salam disambut dengan ciuman
Arrgghhh persetankan mereka semua itu
Hilang dibawa golakan nafsu
Sedang aku duduk mencari punca
Tentang dia yang mencinta
Baju singkat seluar pendek
Damm Hot aku mencebik
Hai boleh saya dance dengan awak
Boleh ja kata awek Perak
Itu kisah di sebuah kelab malam
Satu ketika satu masa silam
Sekadar berkongsi kenangan dulu
Untuk sempadan kau dan aku....

2 Insan Besh:

Lifesaver said...

ko wat sajak ni?leh menang AJL ni

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

kekdg gua masih kesana....srihartamas...kl wa tak in...